Sunday 26 December 2010

Memang susah kalau sudah jatuh ditimpa pulak tangga, dah lah ditimpa tangga, tumpah pulak cat dekat muka.
ha lepas tu mula la kita rasa panas, muka jadi merah, hati bagai nak pecah, tangan pown x tuduk diam, gigi terketap ketap. 
Dan rasa macam kite je sorang kat dunia ni, orang lain dah tak de dah. kalau ada pown rasa macam kita yang menyusahkan mereka.
Dan perasaan juga mula lah nak fikir yang negative je.
Dan kesemua diatas akan hilang sedikit demi sedikit dan terus hilang mengikut edaran masa.
Dan ada juga pekara yang kita tak akan lupakan buat seumur hidup kita.


       Manusia diuji oleh yang Maha Esa dengan berbagai bagai cara dan keadaan, dan Tuhan tidak akan memberi   dugaan yang tidak mampu di pikul oleh hambanya.

Wednesday 8 December 2010

sabar

ye memancing amat memerlukan kesabaran ye!!!!
ye besabar besabar
sabar!
sabar!
sabar!

'S.A.B.A.R' ye singkatan nama ibu ku Siti Aeshah Bt. Abdul Rani. ye beliau amat penyabar dan tenang. :)
- sabar aiman-

Sunday 17 October 2010

pro/con

  Johari window

     1)              Open area          : saya tahu, awak tak tahu
     2)               Blind                   : saya tak tahu, tapi awak tahu
     3)               Hidden                : saya tahu, awak tidak tahu
     4)               Unknown            : saya tidak tahu, awak pun tidak tahu

Mungkin bila kita berada didalam sesebuah organisasi, keempat-emat ini amat lah penting dan berguna. mungkin untuk melihat latarbelakang seseorang, perilaku, tindak-tanduk atau mungkin pekara yang mungkin menjadi rahsia akan terus dirahsiakan. Dan mungkin sedikit sebanyak hal keempat-empat “windows” ini akan memberi kesan positif ataupun nagatif. Dan kebiasanya kaedah ini di adaptasi tanpa kita sedari.

Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sering kali kita adaptasikan nya, tapi mungkin kita tidak sedar bila kita sedang mengunakannya. Dan mungkin kita juga kurang sedar akan keujudannya.  
     
p/s: Jadi bila sesuatu perkara berlaku, dimanakah anda? mungkin 1,2,3 atau mungkin 4?!

Tuesday 21 September 2010

SDE

Sudah lama tidak disini. huhh!
Dan semua masih terkawal. mahupun dimana mana.
Kebiasaannya berpakat ni baik dan adakalanya kurang baik.
Hidup seperti biasa. kadangkala diatas dan adakalanya juga di bawah.
Kepastian mengatasi perasaan.dan kebiasaannya akan 'vice versa'
Kerana mungkin ada yang terhalang munkin susah kita hendak masuk rumah yang biasa kita masuk.dan tak mustahil juga ramai yang mahu membantu mengalihkan halangan tersebut. tapi semetara mengalihkan halangan tersebut tak mustahil juga ramai yang akan cuba mahu memasuki rumah tersebut melalui pelbagai cara bukan?!.
Percaya apa yang akan berlaku adalah tersirat, dan tersurat bagi yang Maha Kuasa.

Friday 27 August 2010

tokoh

"Tak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu"
Antara kata kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh, ahli perniagaan dan juga usahawan Melayu yang berjaya. Nama diberi Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia pada tahun 2005.


Latar Belakang Syed Mokhtar:


Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Hanya dengan memulakan kan perniagaan sebagai pengusaha daging dan beralih bidang daripada seorang pengusaha daging kepada bidang pengangkutan. Dan kini beliau menjadi seorang yang berjaya dan orang ketujuh terkaya di Malaysia.

Tamak bukanlah sifat beliau.
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00)  kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar.

Di lihat daripada latar belakang Syed Mokhtar, beliau bukanlah orang yang berpelajaran tinggi dan berasal dari keluarga yang kaya, tetapi bagaimana beliau boleh menjadi seperti sekarang?

Adalah dengan Usaha dan tiada jalan singkat untuk berjaya.
"Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat."

Menurut beliau kesabaran adalah kunci utama dalam perniagaan dan pengalaman adalah guru yang terbaik bagi beliau dalam selok belok perniagaan. 
Dan beliau mempercayai bahawa rezeki yang ada itu adalah untuk orang lain juga. "Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik" Ini dapat di lihat, bukan semua harta atau kemewahan adalah milik kita. malah sebahagiannya adalah milik orang lain.

Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai. "Apa yang saya buat ini semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri."

Dan beliau juga banyak menekankan tentang sifat seseorang apabila sudah menjadi senang dan sukar untuk melihat apa yang ada dibawah, kerana mereka sudah berada tinggi dipuncak. 

Dengan sifat dan keperibadian serta mengamalkan sikap jujur, amanah serta tanggungjawab dalam perniagaan    , beliau kini mempunyai aset/harta yang bernilai RM2.93 billion "majalah Malaysian Business". Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
beliau juga telah mengasaskan Yayasan Islam Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzuim Kesenian Islam Bernilai RM70juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutama sekitar Negeri Kedah dan Perak. 
Dalam hal ini kita dapat mencontohi keperibadian dan sikap beliau dalam kehidupan seharian. Dan bukan senang untuk menjadi senang, juga bukan susah untuk menjadi susah.



Thursday 26 August 2010

masih

     
Dulu memang tak ada langsung, dan tak pernah ada, aku anggap benda tu akan ada. tapi sekarang dah banyak,dah ramai tapi masih boleh dikira dengan jari. Dan yang dulu masih ada, yang sekarang turut ada. Dan aku masih seperti dulu.

Monday 23 August 2010

ND 2010

can what we build today 
take us into tomorrow?

-merdeka 2007- Ad from Petronas-

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 

Monday 16 August 2010

open your eyes


Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Saturday 7 August 2010

jangan jadi tegak sangat, tiang lampu kat tepi jalan pown bengkok.
masih disini;
dua tiga hari ni aku rasa semacam je..bukan cerita hantu atau apa.
tapi tah la macam bengong je kepala aku ni. buat kerja suma serba tak kena. tah lah dalam kepala ni ingat apa tah.nak kata banyak berfikir, x de la banyak sangat kot, aku bukan nya macam PM pun nak fikir msalah negara. rambut aku pun tak putih lagi. setakat fikir yang biasa biasa tu ada la. tapi selalu.tah la  x tau kenapa.
dan benda ni melarat la sampai sekarang.
huhh
pagi tadi aku modul part5, pergi semua macam ok je,tapi terasa macam ada yang tertinggal. rupa rupanya phone aku.huhh jarang kot aku tinggal "awek sony aku ni'.
pas tu nak sarapan pagi, cermin mata aku pulak tertinggal kat kedai makan, huhh ni lagi la benda yang tak boleh di pisahkan dengan aku. dah macam "kembar" aku dah.tapi tu pown boleh tertinggal..:( so sampai sekarang lah aku berabun ayam huhh....main tennis pun rasa macam "sengal sengal" a.k.a blur blur ayam je!
dan masa nak pergi balik modul, tertinggal pulak "kad hijau" aku. padahal aku dah letak atas laptop aku tu. dah pulak aku kene mengadap muka fesi aku isnin ni mintak sign dia.
nak kata puncanya aku rasa aku tau, tapi tak pasti la.

'kenapa ek kalau ada benda atau sesuatu baru dapat dengar suara atau kabar!? 

'aku bukan psycho ek!hehe.biasa lah gurau. nanti kat luar suma dah sombong.:)

Sunday 1 August 2010

!?!

suma nak main teka teki, sorok sorok, simpan simpan pelik pelik pelik!!!
jangan sampai benda yang pelik plak yang datang!nanti suma pelik huh

Monday 26 July 2010

playing the songs you love and the songs you love to love to



Sunday 11 July 2010

undercover boss



undercover boss di saluran CBS pada April 2010, rancangan 'tv' yang menarik gile. rancangan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada CEO,COO syarikat mengenali dan mencari masalah yang timbul dalam organisasi mereka. dan boss atau CEO itu sendiri yang turun padang menyamar sebagi pekerja biasa sehingga kan ada boss yang kena pecat dengan pekerja sendiri.
memang penuh dengan kebenaran, penuh dengan emosi. ape yang boleh dikatakan cerita ni memang 'best' gila wei. "mesti tonton".
sesiapa yang bakal usahawan dan berminat atau bercita-cita nak bina satu perniagaan dan teringin nak jadi CEO/COO,  cerita ni memang patut ditonton lah sebagai satu inspirasi.
dan tugas CEO bukan sahaja duduk atas kerusi empuk, pakaian kemas, bertali lehir, berkasut hitam dan menandatangani 'document' dan tiap-tiap bulan dapat 'income' yang besar. tapi dalam undercover boss ini lah apa yang boss sepatutnya lakaukan. :)


 "dan rancangan ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat"


Sunday 27 June 2010

sagu hati

kalau kita duduk dirumah mungkin dengan keluarga lebih mudah kerana itu adalah keluarga dan orang yang kita sudah kenal dari kecil lagi, jadi itu mungkin tidak menimbulkan masalah kepada isi rumah. tapi kepada sesiapa yang sudah atau mahu atau dalam perancangan untuk berkongsi rumah/bilik, maka mungkin akan timbul berbagi bagai rasa.


1. saling bertegur
-kadang kadang mungkin kita terfikir untuk tidak menegur teman serumah kita. mungkin ada rasa kita tidak senang atau tidak sekepala dengan mereka ata mereka tidak ada kena mengena dengan urusan kita.! jauhi sikap sebegitu, ringankan mulut untuk berbual dan bincangkan topik topik yang menarik untuk dibualkan bersama, saling bertegur walaupun soalannya hanyalah "kau dah makan?"


2. gurau senda
- bergurau dapat mencetuskan suasana lucu dalam perbualan mahupun perhubungan. jadi tonjolkan lah secara semulajadi. dan jangan terlalu melebih-lebih bergurau, takut ada orang yang tak tahan gurau "gurau kasa la katakan"


3. elakkan membebel
- tak salah kalau kita nak membebel, tapi tidak lah sampai keterlaluan yang membolehkan kawan kawan serumah sumbat kapas dalam telinga. jadi berpada-padalah, kalau yang salah kita tegur menegur antara satu sama lain. dan mesti ingat fikiran dan tingkah laku setiap orang berbeza. kita tidak boleh memeaksa orang mengikut cara kita.


4. elakkan tujuk pandai berlebihan
- bagi kawan atau isi rumah yang sudah kenali, elakkan tunjuk pandai diawal perkenalan, sebaliknya kita memahami individu itu dahulu. jangan tunjuk pandai dan segala galanya anda tahu. ini akan membuat kan orang jelak dengan tindakan kita dan mungkin akan menimbulkan konflik. jangan pula anda menjolok sarang tebuan yang cantik terletak di pokok. anda mungkin mempunyai pendapat sendiri, namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.

 mau ka tak mau..kalau mau kasi jatuh u punya kapla.

Thursday 24 June 2010

padang

Suatu hari sekumpulan pelajar dipanggil oleh pengetua sekolah, dan pengetua tersebut meminta semua pelajar tersebut berada dipadang selepas waktu rehat. pelajar-pelajar tersebut mengikut arahan dan berkumpul di padang sekolah tepat jam 10.30 pagi. mereka diminta berbaris dan berdiri dalam keadaan sedia untuk menerima arahan yang seterusnya daripada pengetua tersebut. tapi beberapa pelajar nampak gelisah dan resah, seperti ada duri yang menyucuk-nyucuk kaki mereka, ada saja yang tidak kena bagi mereka. dengan muka yang agak tenang, pengetua tersebut meminta para pelajar tersebut mencari rumput yang paling sempura dan mermakna bagi mereka diantara rumput rumput yang ada dipadang sekolah itu. seorang pelajar merungut dan bermonolog "ape tah si tua ni suruh buat kerje gile ni, banyak bende len boleh buat rumput jugak yang die suruh cari..memang dah tak betul kot orang tua ni" dengan nada yang geram. sementara itu ramai juga pelajar yang tertanya tanya, ape motif pengetua suruh kita buat pekara pelik ni?. sementara menyimpan perasaan itu didalam hati dan penuh tanda tanya, pelajar tersebut mencari dan mencari, arahan diberi permulaan cari dari utara ke selatan padang. pelajar tersebut carilah dengan tekun dan teliti untuk mendapatkan hasil yang terbaik. sampai ditengah padang dia sudah pun menjumpai rumput yang paling baik dan sempurna baginya, tapi dia masih tidak puas hati. dalam hati berkata "ahh takpe mungkin ada yang lebih baik dari ini, takpe aku cari kat depan sana lah". sambil terkenangkan rumput tadi, dia teruskan juga pencarian rumput yang lain. tapi hingga lah di penghujung padang langsung tidak ketemui rumput yang lebih sempurna dari apa yang dia temui di tengah padang sebelum ini.

Wednesday 23 June 2010

happy birthday mama semoga panjang umur murah rezeki..:) . lagi 6 hari birthday my mum pulak..:)

Tuesday 22 June 2010

hati hati bang, jalan dekat sini kene selalu pandang belakang :) 'sambil menoleh dan berlalu pergi'

Sunday 13 June 2010

semuanya berubah

berada dirumah orang kahwin memang best, kalau ada saudara mara yang satu kepala atau sama umur yang lepak sama sama. aku rasa dalam tahun ni, baru sekali aku pergi kenduri kahwin sedara boleh dikatakan jauh jugak la. bukan jauh rumahnya tapi jauh pesaudaraannya "bau bau bacang kata orang". sebelum ni ada jugak aku pergi kenduri kahwin, tapi abang sedara la. kenal gile, siap aku jadi orang yang bawak tepak sirih kau. 
tapi kali ni aku tak berapa kenal sangat orang orang nya.. tapi hasil dari pujukan ibunda ku yang mengatakan "bila lagi nak kenal sedara mara", maka pergi la anak bujang dia ni ke majlis itu. kalu nak kata semua nya aku tak kenal membohong la kan. tapi disebabkan lama tak jumpa rase segan tu melebih lebih pulak. padahal kecik-kecik tu la tempat bermain.
sekarang sumanya sudah berubah. yang kecil dah besar, yang bujang dah kahwin, yang kahwin anak dah berderet sampai dah tak tau nak panggil apa, yang tua masih mengekalkan seri wajanya "barangkali jamu lebih kot". 
yang lama tak jumpa sampai dah tak kenal dah aku siapa. siap tanya lagi "kau ni anak siapa" padahal kecik kecik aku selalu pergi umah dia. masing masing dah besar, jadi muka pown dah banyak berubah. kesian bagi si tua hendak mengecam cucu-cucu sedaranya.
yang usia bawah aku pown sekarang dah mengendong anak. macam tak percaya je, umur baru 18 tahun kedua-duanya, sekarang dah jadi ayah ngan ibu. 
rasa macam sekejap je. semua dah berubah. semua dah ada kelainan. macam tak percaya masing masing dah meningkat dewasa. 


p/s sedangkan pantai berubah.

Wednesday 9 June 2010

Alhamdulillah kem tutti fratelli sudah pun selesai dengan jayanya. sebagai penganjur, apa yang di dirancang semua nya berjalan lancar. ape yang ada sumanya dapat di adakan. apa yang tak ada telah cuba di adakan. apa yang aku tak yakin nak buat, akhirnya dapat buat jugak. 
lagi pelajaran baru untuk aku:)


so lepas ni jadi pengangur kat rumah dengan jayanya tanpa gaji dan menghabis kan beras mak bapak tanpa menghiraukan orang sekeliling. kerana kalau nak kerje mesti akan tak jadi punya, jangan risau. dan lepas ni aku akan keboringan sebab hidup aku tak sebuk macam sebelum ni. tapi ada benda yang tak buat lagi, bertanguh kerana tak pasti.

Friday 28 May 2010

The Girl in the Green Scarf 

Thursday 27 May 2010

setahun jagung

setahun jagung
setahun jagung dah pandai melawan
setahun jagung dah tunjuk belang
setahun jagung dah pandai berlagak
setahun jagung dah buat hal
setahun jagung dah bermain dengan api
setahun jagung dah buat hal sendiri
setahun jagung dah jadi tak betul
setahun jagung dah buat benda bukan-bukan
setahun jagung masih muda lagi
setahun jagung tak boleh makan lagi.

Monday 24 May 2010


perhatikan! logo jenama apa ini??
pakai dikaki!!!!

Saturday 22 May 2010

masalahnya tak tahu, kalau tahu dah lama dah!. "copy 3.42am"

Tuesday 18 May 2010

berada di pulau

Nak pergi  London jauh, nak pergi US tak tau jalan, nak pergi Africa duit tak de. So bercuti dalam negara je la. tapi memang best gile.:) Malaysia macam-macam ada!:) kami ke pangkor wehhh!! pergi pulak dengan orang-orang seperti post dibawah. dan begini lah jadi nya.

bermula dari klang ke pangkor naik bus yang sangat cepat, dan sampai lumut kami naik kenderaan laut yang bersesuaian lah.

 coral bay tempat berteduh

tak tau la dorang ni pergi mana mana mesti nak bergambar..haizz gedik!!..hehe:)

anak anak yang tak reti erti rumah. balik je U dah merayap!!

 dan ni adalah sedikit latihan untuk hari esok nya. kita pergi berlima tapi kenapa berempat?
sebab yang lagi sorang tu takut air. "unta pown mandi la pura kalu hujan"!!huhu

gambar keluarga. sebelum pergi dinner yang tak berapa jauh lah dari tempat berteduh kami ni.

dan ini lah apa yang kite orang makan. tapi ade yang nak diet la ape lah hurmm. yang makan banyak pown ade, tapi x gemok2 pun aku tengok.huhh

dah kenyang, ape lagi kasi 'sumbangkan' suara la. " dan lagu ni saya tujukan khas buat anda suma ye":)

gambar keluarga dulu sebelum jelajah pulau.

hari ni kita orang bagi makan ikan-ikan yang ada kat laut ni. ikan-ikan tu dapat makan roti. kenyang dan gembira sekali mereka.;)

i love pangkor malaysia

dan kami berada di lumat semula sambil tunggu bas "dan kata nama lain bas ni ialah peti sejuk pansonic" beruang yang bulu tebal pown boleh beku kot duduk dalam bas tu.

dah habis dah. dan salam kaki dari ku :)

dengan siapa aku pergi?
ni lah orang-orang nya
buddy aku dari tgktn 4 lagi 

anak abang mas 

kassim "happy birthday bro"

dan awek cina ni. awek ni single lagi tau.hehehe

perancangan 5 tahun akan datang "ala ala malaysia ke-10 la ni" walau pown botol tu tak sempat campak ke laut dan tak akan sampai ke redang botol tu, so harap harap kita akan tercampak kemana-mana next time. :)





tentang kita

    Merujuk pada post sebelum ini, jangan salah faham ye.! ok antara orang yang terpenting dalam hidup aku ialah....
aku dah kawan dengan umat umat ni sejak aku form 3 lagi. huhh! dulu memang kami tak sekepala, suma nak ikut kepala sendiri, masing-masing salahkan satu sama lain, kutuk-mengutuk makan utama dorang, masing masing nak bukak skill. haiyoo!!..
    Dan masa di tingkatan 4, kami dipilih menjadi exco belia. dan budak budak 13 orang ni lah yang dihadap untuk satu tahun. kami buat kerja belia sama-sama, makan sama sama, tido sama sama. penat sama sama, susah sama sama, bengang sama sama, gelak sama sama. pendek kate suma nak sama sama. nasib baik la mak bapak lain-lain. dan di sini jugak la kami menimba ilmu, pengalaman dan persahabatan yang tak boleh di beli dengan wang ringgit "wahh gituuu!!"
    Dah sudah tingkatan 4, tahun SPM pulak datang. aku ingat dah x jupa dah si hawau hawau ni..! tapi jumpa jugak . lepak,perangai, gila sama je macam dulu. macam tahun ni tak ada SPM je.
Sesudah nya zaman kegemilangan SPM yang amat memberat kan kepala, so ala ala dah masuk alam dewasa la ni..ingat kan budak budak ni dah belah dah cari jalan yang lurus, so ngat kan dah x jumpa dah tapi masih masih masih dan masih bersatu. macam "melekat" yang di ajukan oleh sesetengah pihak. dan sebab yang membuatkan kami bersama adalah sikap dan perangai 13 orang ni yang tersendiri.
    Dan hari berganti hari bulan berganti bulan, semu kami 13 orang ni mula mencorakkan masa depan, ada yang ke luar negara, dalam negara, luar kawasan, yang masih diklang, yang di ibu kota, suma nya sedang mencari hala tuju hidup sendiri.." nak jadi orang la kate kan!"hehehe
Sampai lah sekarang kami masih berkawan, dan persahabatan ni tak akan putus dan kekal sampai bila bila.


( juven, baha, izzul, wey chin, aiman, ekin, jeannie, sapura, liong chin, shida, fifie, marzuki, amir)
-sampai bila bila-
 

Sunday 16 May 2010

aku nak cerita tentang orang yang paling penting dalam hidup aku..selain mak ayah dan family yang paling aku sayang..:)   ...(-tentang kita-)

Tuesday 27 April 2010

Sunday 25 April 2010

Pembuangan bayi

Pembuangan bayi, inilah yang berlaku pada masyarakat pada masakini. Maksiat dan aktiviti social berlaku dimana-mana. Anak –anak remaja kini dah tak kenal dosa pahala, yang lebih penting  bagi mereka keseronokan. Malah ada diantara mereka yang perpendidikan tinggi dan belajar di IPTA dan IPTS yang terkemuka di Malaysia ni. Walaupun pelajaran tinggi menggunung tapi kewarasan akal boleh disamakan dengan binatang atau pun haiwan, jadi tak guna la belajar tinggi-tinggi kalu akal sama dengan lutut.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu dalam akhbar ataupun televisyen, kita akan dengar tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya mati dalam keadaan yang sungguh menyedihkan dan ada juga yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, sungai, masjid, lubang tandas, tandas awam dan sebagainya menjadi tempat bayi-bayi ini ditemui.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari, dalam petikan berita harian online “Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi terbanyak dan diikuti dengan johor”. Takkan kita nak digelar masyarakat yang tak bertamadun, rasanya Malaysia adalah Negara yang membangun, tetapi ada segelintir masyarakat yang masih lagi tak membangun, fikiran yang cetek, melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat akan ditanggung.

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain juga sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap sebagai dosa besar kerana membunuh dengan niat. 






dan ini adalah salah satu gejala yang membawa kes pembuangan bayi.

Anak itu adalah rezeki yang di kurniakan oleh Allah, dan kalau tiada perkahwinan atau pun ikatan yang tidak sah maka itu bukan dianggap rezeki tetapi bala yang melanda.

Jika taknak sekali pun bayi tersebut, ramai lagi pasangan diluar sana yang menginginkan bayi tersebut.
Mereka dilahirkan didunia tanpa setitik dosa, dan mereka juga inginkan kehidupan dunia. befikirlah sebelum melakukan sesuatu. 

p/s; kerajaan dan masarakat malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan dan menghindarkan pekara ini dari terus berleluasa, salah satunya ialah Kempen Kami Perihatin.
dan artis Malaysia turut menjayakannya:  http://www.youtube.com/watch?v=Rsmb2q-ytc4 Harapan Tanpa Suara.

Friday 23 April 2010

.com.my

sekarang suma tengah mengila cerita adamaya. tak tau apa pasal.budak budak bilik aku pown sama dah macam orang kena demam malaria dah. aku pulak terjebak dalam kes ni sebab ada la satu umat ni, nama di beri fahmi "kefahaman ku' hehe, dia lah yang memperkenalkan cerita ni kat aku. so malam tu sampai ke pagi la aku layan. mula mula biasa je cerita ni bagi aku, lama lama best pulak..hehe. disebabkan pelakon nya lisa surihani..hehehe..disebab kan kat kolaj ni aku malas nak pergi tenguk cerita ni kat bilik tv dan petang petang aku tak de kat kolaj pown, pergi main tennis, so layan kat tv3.com.my je la. tapi sabo je la menungu dengan lamanya..huhh
lagu dakmie ni memang best, lirik nya fuhh..bukan nak jiwang tapi best la wei..huhu
orang kata lagu mempengaruhi mood seseorang..hurmm!@#



Yang Terindah :

Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku 
tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta 
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia 
hingga aku terasa indah

Maafkan jika ku tidak sempurna 
tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa 
kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu, 
merindui dirimu, 
memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu...uhhh...

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia 
hingga aku rasa indah

Wednesday 21 April 2010

kang nak cakap marah,sentap terase, gigit jari sampai darah. der wa dah x de pape hal kot ngan lu. wa 'haloo2 lu elok2 x sempat wa nak abis kan ayat wa, lu cakap battery lu 'kong..pe cher? wa pown pakai phone gak an, dari tingkatan 1 wa dah pakai dah, wa tau kot orang tu tipu ke tak.nak tipu pown cover la der..huhh..wa x tau la lu sakit hati lagi ngan wa ke tak. der agak agak la tak kan nak jadi macam dulu kot?

Tuesday 6 April 2010

generasi

malam semalam kawan aku tag satu video ni. pastu aku dgn ringan tangan pi la play video tu. sedih memang sedih yang teramat, tapi de gak yang cakap "style la doh"...  ada ke budak kecil yang baru berusia 4-5 tahun dah pandai mencarut. tu satu hal, ni siap hisap rokok siap buat 'O' lagi tuh pastu tunjuk plak aksi sex lagi  huhhh. rosak betul budak tu. ni sume nak salah kan sapa? takkan nak salah kan budak tu. mungkin orang sekeliling dia yang mempengaruhi budak tu. dan kebiasaan nya budak kecik ni tak tahu apa-apa pun, dan dia akan menjadikan pesekitaran dia sebagai tempat pembelajaran. tak mustahil pesekitaran budak tu nagatif. dan kebiasaan nya budak-budak ni suka ikut apa yang orang dewasa lakukan. kalau baik yang ditunjuk maka baik la yang di perolehi dan sebaliknya. tenguk je la pekara yang budak tu lakukan sume nya pekara yang orang besar lakukan. jadi kepada sesiapa tunjukkan la sifat dan sikap positif kepada anak-anak dan generasi baru supaya kita dapat melahirkan generasi yang baik dan berkualiti pada masa akan datang.

Monday 5 April 2010

sounds like...

Pergi tinggi tinggi memeang best, tapi setinggi mana kite pergi/naik, kadang kala kita kene melihat kebawah jugak.
Jalan ke depan dan jangan toleh kebelakang. rasanya ada masa kita kena lihat dibelakang jugak untuk mengingatkan diri kita sendiri, pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita.
Meludah kelangit, kena muka sendiri. adalah perbuatan/percakapan yang anda lakukan, dan ini mungkin akan memalukan diri sendiri, berbalik kepada diri sendiri, diri sendiri mungin akan dapat padahnya
Siapa makan cili akan terasa pedasnya. dan hanya kita yang boleh rasa bukan orang lain yang rasakan untuk kita kepedasannya.

Friday 2 April 2010

fenomena


assignment belambak!!

test besepah!!  
The only thing necessary for triumph of evil is for good men to do nothing
-Edmund Burke-
-Tears of The Sun 2003-

Saturday 27 March 2010

"Nasib membawa kita bersama. tapi tetap bergantung pada kita, bagaimana semuanya berhasil?"

Friday 26 March 2010

salam menyalam lama

permulaan awal yang baik, semua berjalan lancar.feedback yang diterima setakat ni ok.memberangsangkan, ye lah dah lama tak buat macam ni kan. masing-masing teruja,tergolek,terbaring la kan.:).harap-harap semua nye berjalan lancar la ye..


p/s: der klu aku wat sorang x jalan jugak, korang pown kne tolong aku ye:)

Tuesday 23 March 2010

keberkatan

Kelas bermula pukul 2pm dan kebiasaan nya habis pukul 4pm, tapi hari tu tak seperti kebiasaan. habis agak awal. tapi diselangi dan diakhiri dengan nasihat lecturer aku. nama pun lecturer law kan, so banyak la ayat2 yang power, kata-kata mutiara yang keluar dari mulut dia. tapi x nak plak keluar belian dari mulut dia, klu x kaya aku. kisah hidup die memang buat aku tergamam mendengarnya. lecturer aku ni dulu masa belajar mmg dia top student. every sem 3.9++. sebab apa dia dapat cam tu.? sebab dia pandang hidup dia dan keluarga dia masa tu. keluarga dia agak susah, ayah die cuma tukang kebun je kat sebuah sekolah ni dan bapa dia seorang imam masjid. tapi bagi aku keluarga die perfect, mmg perfact walau pown bukan dari kebendaan. dan itu lah yang menjadi motivasi kpd dia untuk berjaya. dan nasihat yang plg penting darinya ialah, jagalah hubungan dengan yang maha Esa, dengan ibu bapa, sesama manusia dan guru . Ini yang paling penting dalam kehidupan. dan jangan menipu ibu bapa kalau hidup kita nak berkat, dan dia de bagi satu situasi di mana bukan niat dia nak menipu tapi cuma tak nak bagi tau ibunya yang dia nak pergi kem under askar wataniah, memang dia suka tapi ibu bapa dia yang tak suka kerana ibu bapa dia x nak anak perempuannya jadi askar. dan disebabkan itu dia tak bagi tahu ibu bapa nya yang dia pergi kem tu. disebab kan menipu tahap tu je, pointer dia sem tu jatuh. dan sedar akan kesalahan nya dia minta maaf atas kesalahan yang dilakukan.dan kini walaupun cita-cita nya hendak menjadi askar tak kesampaian namun ditakdirkan berkahwin dengan seorang askar. itu lah berkat ibu bapa. dan doa ibu bapa adalah doa yang paling dimakbulkan tuhan. dan cita-cita ayah nya hendak melihat semua keenam-enam anaknya menjadi guru sume nya dimakbulkan tuhan.

Friday 19 March 2010

sayang ku!

kenapa kau macam ni?sejak dua menjak ni kau macam tak suke je dekat aku, ape la kau ni..jgan ah merajuk..sikit-sikit  merajuk ngan aku..aku sayang kau lagi la. setiap 1 jam cam tu  ko mati sendiri...tengah best aku guna kau,papp kau mati..huhh..klu aku wat asmnt kan susah aku nanti..adoiii..tak pe nanti aku betulkan ko ek..hehe. tapi kau ni macam bagi had je aku gune kau..haha..

p/s: tak pe kalau kau selalu macam ni boleh la aku buat business..aku bukak CC.setiap satu jam 3ringgit.aku jugak yang untung nanti :)

Thursday 11 March 2010

perhatian

"Perhatian kepada sumua warga uitm, disini terdapat satu pengumuman. pada hari ini sektor A akan mengalami ganguan bekalan air, di minta para pelajar bersedia dengan ganguan bekalan air ini, harap maklum" yang ado penguman cam 2..tau2 air tak de. nak mandi pown kne pergi tingkat 1..dah la aku kat tingkat 3. dah la aku tekenan tangga.. dengan bawak baldi, kayung dan peralatan2 yang sama waktu dgn nya..sampai-sampai air nye, mak ai halus gile. tu satu hal..nak tggu dak2 ni tadah air..bayangkan lah berpuluh2 paip air dalam tandas tu, cume satu je yang kua air..huhu..poning palo den ni ha..tp akhir nya aku dapat mandi gak..hehehehe...tp esok harap2 air ade..klu x pg kelas x mandi la jawap nye..hehehe..


p/s: ketika keadaan gawat sebegini jimat lah air dan bangun awal untuk mandi..pesanan ikhlas dari JBA.

Wednesday 10 March 2010

Agak lama aku tak update blog ni..agak la, tapi tak la lame mane pown. aku tak tau nak coretkan ape kat sini..heheh. tapi suma nya berjala lancar buat setakat ni. tapi pernah baru-baru ni, aku agak risau dan lagi satu hari tu teramatlah risau. tapi suma nya ok. tapi mungkin apa-apa plan yang best-best mungkin akan ditunda ke hari dan masa yang sesuai.
UNCLE KRACKER_SMILE
You´re better then the best
I´m lucky just to linger in your life
Cooler then the flip side of my pillow that´s right
Completely unaware
Nothing can compare to where you send me
Lets me know that it´s ok yeah it´s ok
And the moments where my good times start to fade

You make me smile like the sun
Fall out of bed sing like a bird
Dizzy in my head spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile

Even when you´re gone
Somehow you come along
Just like a flower poking through the sidewalk crack and just like that
You steal away the rain and just like that

You make me smile like the sun
Fall out of bed sing like bird
Dizzy in my head spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile

Don´t know how I lived without you
Cuz everytime that I get around you
I see the best of me inside your eyes
You make me smile
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild

You make me smile like the sun
Fall out of bed sing like bird
Dizzy in my head spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile
Ohh you make me smile
Ohh you make me smile 

Sunday 28 February 2010

best best best

Tak boleh diluahkan dengan kata-kata..hahaha..ayat tak leh blah..bukan aku nak story pasal kata-kata..tapi pasal HWP yang aku pergi baru-baru ni..memang best tahap gile+ tapah dewa..:)...HWP tahun ni mmg lain dari yang lain.tempat di gua tempurung, tempat tu memang aku tak pernah pergi lagi. tak sia-sia aku amik test awal tuk attain program ni..hehe..pergi sane happy gle seh, dengan tempat nya yang mmg cun ah..air sungai dia, gua nya, orang-orangnya, orang gua nya, aktiviti nya dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan nya..:) walau pun pekara yg aku post sblum ni berlaku jugak dalam gua tu,tapi tetap x mematahkan semangat aku ..hehe. Dan sempat jugak sebelum balik pergi hot spring kat sungai klah,gopeng "under projek felda klu x silap". lagi satu kejadian alam yang boleh dinikmati oleh manusia...

aktiviti cave trekking yang menarik, 3 jam berada di gua membuatkan aku dan sesiapa sahaja akan menikmati keindahan alam dan keajaiban tuhan, dan ni adalah satu pengalaman yang menarik dan bermakna bagi aku.:)

p/s: sape yang x pernah mencuba silakan lah mencuba ya..memang best.."promote sikit tempat kat malaysia" 

Wednesday 24 February 2010

memalukan

Dah lama tak rasa malu depan orang ramai..Tapi dua hari ni aku dah malu kan diri sdri dpan orang ramai..semalam macam nangka busuk jatuh siap berguling2, berbelit belit kaki macam dalam filem hindi..huhuhu, masa tu plak ramai orang kat court, mak ai malu la sehhh...td plak lagi la malu..tengah nak anta baju kat dobi kat tingkat 2..bleh plak jatuh tangga, klu satu dua anak tangga x pe lagi..ni dari atas spi bawah kot..ni gara2 selipar licin la ni,tangga plak basah..hurmm mmg carik nahas la..x pasal2 tangan dah lebam sebelah...huhuhu.. tangga mane kat dalam U ni aku x penah jatuh!..aku ase 70% tangga yang ade kat U ni aku dah ada sejarah sendiri...
Dah lama aku tak update blog ni..ye lah sebab x de masa.ye lah study last minute ..sebab apa study last minute?, sebab aku balik minggu lepas, so dekat rumah memang tak study ah. sebab apa balik minggu lepas ?  sebab minggu lepas cuti. sebab ape aku kena stady? sebab aku ada test hari rabu. kenapa ada test hari rabu? coz aku kena amik test awal. kenapa kena amik test awal? sebab aku nak balik awal. kenapa nak balik awal? sebab nak pergi HWP. kenapa aku nak pergi HWP? sebab tak pernah pergi gua tempurung. sebab apa tak pernah pergi gua tempurung? sebab memang tak ade dalam kepala otak aku pown yang aku akan pergi sana. sebab apa tak ada dalam kepala otak? sebab lu pikir la sendiri. sebab apa lu pikir la sendiri? ha tu pergi tanye nabil.

Saturday 20 February 2010

Ketika Tertutup Mata Ibu Mu, Maka Tertutup lah Satu Lagi Pintu Doa Buat Mu.

Friday 19 February 2010

sandali po lamang

Semalam malam boring2 lepak kat umah..aku call la dak2 yg lame dah aku x lepak, lepas aku tinggal kan form5, lepas tu dah jarang dah jumpa...tak tau la malam tadi tergerak hati nak lepak same-sama...nak dkt pukul 12am bru nak pg lepak mamak..planning last minit..walaupun dah lame x jumpa tapi perangai gile2 tetap sama.. tapi dari segi fizikal nampak banyak berubah dah budak-budak ni..lepak cite pasal  ko wat pe skang, ko blaja kat mane skang, ko keje kat mana skang, awek ko sape skang, ko dah tuka no. x bagi tau member, tapi!!....ada tapi nya nihh...dah borak2 melalut-melutut, bukak plak cite pasal dak2 sekolah, cinta-cinta monyet yg lame la...hehehe..ingat-ingat balik cite yg lame, macam nak balik je masuk sekolah balik..happy je..tapi memang la teknologi ni memudahkan dan dapat mendekat kan kite dengan sesiape je..hurmm...skang ni aku ngan budak2 ni masing-masing tengah menjejaki sahabat-sahabat yg dah lama terpisah,..cehhhhh ayattt..hehe... lepas tu dengan harapan yang mengunung budak-budak ni nak lepak satu table same-same satu hari nanti...

Thursday 18 February 2010

dari situasi ke situasi

Selamat sejahtera dan selamat pagi aku ucapkan kpade sesiape je..huhu..niat dihati bukan nak berucap macam ahli politik or ape kan, tapi aku bab2 politik ni aku ikut mane parti yag betul lah kan, sebab aku x mengamal kan politik wang..hahaha...ni pown bukan topik yang aku nak cerita sbnarnye...:)
sbenarnye aku nak cite bende yang agak benar..hahaha..tp x berape nak jiwang ah..tapi aku dengar cite ni macam best je..boleh timba pengalaman nih..hehehe..Ada beberapa situasi la kat sini yang menarik minat aku tentang cerita ni :-

situasi pertama:
Cinta vitamin

Adat la tak kenal maka tak cinta..bermula di luar kawasan,
ada satu petang ni, aku lepak2 pas2 borak2 lah ngan seorang ni pasal ape tah..pastu termasuk lah bab ni..so dia cerita la pengalaman dia ttg pertemuan dia dengan gf die.  
awek ni waitress kat sebuah hotel ni..tapi die praktikal la kat sane...mase tu plak awek ni macam x sehat....
   S: haaa  bawak kan saya segelas air suam
   ES: baik encik, ade ape2 lagi encik?
   S: oh x de
awek ni pown bawak pesanan tadi
   S: awak nampak x sehat je?
   ES: x de la encik cume demam sikit je
   S: dah pergi clinic?
   ES: belum x sempat la saya pown tengah kerja ni
dengan rengan tulang nya si S ni bukak bag dia dan hulurkan satu botol vitamin
   S: nah amik ni dapat kurang kan sikit x selesa badan 2
   ES: ehh x pe la encik, saya ok je ni
   S: x pe ambik je x kene bayar pown
dengan malu2 dan sopan nya awek ni amik..lepas 2 si S ni tolong awek ni angkat pingan mangkuk dan kemaskan meja yg ade kat cafe 2..niat die mmg nak tolong awek ni...tapi kire nak mengayat la ni...pehh gentlemen gle ah mamat ni "klu awek2 pandang ah"..lepas tu masing macam serasi je...happy..:)


situasi kedua:
Cinta merpati


Mula2 dalam pengenalan macam samar2 lagi..tapi dua2 suka sama suka tapi x pernah nak luah kan dgn betul2, sume main kias2 je..tapi sweet beb...
sampai satu hari ni,berlaku di sebuah pusat membeli belah kat luar kawasan..tapi dalam malaysia lagi..lepas jalan-jalan tu masing-masing duduk kat tepi tangga..lepas 2 nampak la 2 ekor burung merpati ni..
   E: awak2 nampak 2 burung merpati...
   D: ha'ah, ada dua ekor lah
   E: hurmm, mesti jantan dan betina kan? kan best kalau kita jadi macam pasangan burung tu..
si D hanya tersenyum dan menganguk tanda setuju...disitu la terjalin nye hubungan mereka dengan soriusinye...wahh gitu...hahaha


situasi ketiga:
Cinta 100%

Tajuk macam gempak je..wahh sayang 100% nihh, segale2 nya la untuk die..nyawa die, makan die, minum die, dan macam-macam lagi la tuk dia...wahh best hanya dunia ni milik kita...tapi jaga2 jangan jadi hamba cinta..rosak jiwa ohhhh...nak sayang, bercinta mmg x salah tapi agak2 la, kalau dah sampai sume bende nak bagi x leh gak beb..ble ko dah x de pape die nak blah macam 2..cakap x serasi la ape la..padahal dah bape lame dah korang couple , baru skang la cakap x serasi la..pastu ko letak 100% sume kat die..pastu ko jadi sasau macam orang gile..aduhh...nak bercouple tu x salah tapi paling kurang pown 30% tu untuk diri ko la..blum tetu die tu bini or laki ko pown...kalau die betul nak kan ko ape je yg ko buat mesti die sokong, msti die kne paham termasuk la kawan-kawan ko,keluarga ko,cita-cita ko..x kan nak ikot kepale die je "control" la kire nye tu...

p/s : bagi aku lebih baik bercinta dari bercouple. nampak macam same, tapi bagi aku itu dua benda yang berbeza dan biar la berkawan berapa lame pown supaya paham satu sama lain.

Tuesday 16 February 2010

JB2


"singgah selalu"

Saturday 13 February 2010

dah lama x balik rumah..hehehe..sejak aku masuk sem4 ni ,mane pernah aku balik rumah..pecah rekot aku thn ni...huhuhu..skang aku dah kat rumah :)...tapi semggu je la kot..hahaha

Tuesday 9 February 2010

Tadi baru habis test LAW 251...lepas ni test FIN 262, hari jumaat petang..ni pown buku fin dah panggil2 aku suh bukak dia...hehe..lepas fin baru balik cny dgn aman..:) Tapi lepas cny banyak plak yang tunggu..huuhuh

Sunday 7 February 2010

JB3

hari ketiga nak balik segamat dah..tp pagi 2 sempat pg kg.melayu majidi..coz si famy ni ajak datang umah die..so alang2 makan tengah hari terus kat umah die..menu utama nasi ayam..lepas makan lepak2, main2 ngan anak sedara famy "eyusof" mmg hyperactive, jalan2 kat kg. melayu, last skali minum ABC kg.melayu" ni mmg objaktif utama aku nak minum ABC kg.melayu ni"...mmg terbaik....so selesai misi-misi JB1,JB2 dan JB3, kite orang gerak pulang ke segamat..huhuhu...:)

Saturday 6 February 2010

JB2

Hari kedua dimulakan dengan bismillah..hehehe...bangun mmg lambat la..so lepas mandi sume kite orang terus gerak pergi complax pusat bandar, time 2 ocet ikot skali "mmber baru JB" klu ada die satu hari beb sakit perut sebab gelak...malam petame kat JB pown lepak ngan die dah boleh dapat sawan gelak..huhuhu...mmg gile...then lepas gerak p sane trus gerak The Zon "dato K nye tempat"...jalan2 dah penat pas2 pg makan mee tebus tulang kat jalan Petri, jumpa wan,famy,awob kat CS...sampai malam gak ah kat dalam CS 2 window shopping..x cukup ngan tu,pegi plak jj teberau city,solat+makan momo sosaj+window shopping.... gerak taman molek cari kedai kereta....dan begegas ke danga bay coz perut dah lapa, dak2 ni singgah kat Restaurant Singgah Selalu berhadapan dengan Danga bay + bola "MU vs Portmouth"...lps2 jalan2 kat Pasar Karat a.k.a up town ..last skali lepak mamak kat Masai, pekena teh tarik..hari kedua JB dihabis kan dgn berjalan..spi kaki pown dah menggigil kerana berjalan.

aku!! dlm!! hidup!! aku!!

aku!! dlm!! hidup!! aku!!