Sunday 27 June 2010

sagu hati

kalau kita duduk dirumah mungkin dengan keluarga lebih mudah kerana itu adalah keluarga dan orang yang kita sudah kenal dari kecil lagi, jadi itu mungkin tidak menimbulkan masalah kepada isi rumah. tapi kepada sesiapa yang sudah atau mahu atau dalam perancangan untuk berkongsi rumah/bilik, maka mungkin akan timbul berbagi bagai rasa.


1. saling bertegur
-kadang kadang mungkin kita terfikir untuk tidak menegur teman serumah kita. mungkin ada rasa kita tidak senang atau tidak sekepala dengan mereka ata mereka tidak ada kena mengena dengan urusan kita.! jauhi sikap sebegitu, ringankan mulut untuk berbual dan bincangkan topik topik yang menarik untuk dibualkan bersama, saling bertegur walaupun soalannya hanyalah "kau dah makan?"


2. gurau senda
- bergurau dapat mencetuskan suasana lucu dalam perbualan mahupun perhubungan. jadi tonjolkan lah secara semulajadi. dan jangan terlalu melebih-lebih bergurau, takut ada orang yang tak tahan gurau "gurau kasa la katakan"


3. elakkan membebel
- tak salah kalau kita nak membebel, tapi tidak lah sampai keterlaluan yang membolehkan kawan kawan serumah sumbat kapas dalam telinga. jadi berpada-padalah, kalau yang salah kita tegur menegur antara satu sama lain. dan mesti ingat fikiran dan tingkah laku setiap orang berbeza. kita tidak boleh memeaksa orang mengikut cara kita.


4. elakkan tujuk pandai berlebihan
- bagi kawan atau isi rumah yang sudah kenali, elakkan tunjuk pandai diawal perkenalan, sebaliknya kita memahami individu itu dahulu. jangan tunjuk pandai dan segala galanya anda tahu. ini akan membuat kan orang jelak dengan tindakan kita dan mungkin akan menimbulkan konflik. jangan pula anda menjolok sarang tebuan yang cantik terletak di pokok. anda mungkin mempunyai pendapat sendiri, namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.

 mau ka tak mau..kalau mau kasi jatuh u punya kapla.

Thursday 24 June 2010

padang

Suatu hari sekumpulan pelajar dipanggil oleh pengetua sekolah, dan pengetua tersebut meminta semua pelajar tersebut berada dipadang selepas waktu rehat. pelajar-pelajar tersebut mengikut arahan dan berkumpul di padang sekolah tepat jam 10.30 pagi. mereka diminta berbaris dan berdiri dalam keadaan sedia untuk menerima arahan yang seterusnya daripada pengetua tersebut. tapi beberapa pelajar nampak gelisah dan resah, seperti ada duri yang menyucuk-nyucuk kaki mereka, ada saja yang tidak kena bagi mereka. dengan muka yang agak tenang, pengetua tersebut meminta para pelajar tersebut mencari rumput yang paling sempura dan mermakna bagi mereka diantara rumput rumput yang ada dipadang sekolah itu. seorang pelajar merungut dan bermonolog "ape tah si tua ni suruh buat kerje gile ni, banyak bende len boleh buat rumput jugak yang die suruh cari..memang dah tak betul kot orang tua ni" dengan nada yang geram. sementara itu ramai juga pelajar yang tertanya tanya, ape motif pengetua suruh kita buat pekara pelik ni?. sementara menyimpan perasaan itu didalam hati dan penuh tanda tanya, pelajar tersebut mencari dan mencari, arahan diberi permulaan cari dari utara ke selatan padang. pelajar tersebut carilah dengan tekun dan teliti untuk mendapatkan hasil yang terbaik. sampai ditengah padang dia sudah pun menjumpai rumput yang paling baik dan sempurna baginya, tapi dia masih tidak puas hati. dalam hati berkata "ahh takpe mungkin ada yang lebih baik dari ini, takpe aku cari kat depan sana lah". sambil terkenangkan rumput tadi, dia teruskan juga pencarian rumput yang lain. tapi hingga lah di penghujung padang langsung tidak ketemui rumput yang lebih sempurna dari apa yang dia temui di tengah padang sebelum ini.

Wednesday 23 June 2010

happy birthday mama semoga panjang umur murah rezeki..:) . lagi 6 hari birthday my mum pulak..:)

Tuesday 22 June 2010

hati hati bang, jalan dekat sini kene selalu pandang belakang :) 'sambil menoleh dan berlalu pergi'

Sunday 13 June 2010

semuanya berubah

berada dirumah orang kahwin memang best, kalau ada saudara mara yang satu kepala atau sama umur yang lepak sama sama. aku rasa dalam tahun ni, baru sekali aku pergi kenduri kahwin sedara boleh dikatakan jauh jugak la. bukan jauh rumahnya tapi jauh pesaudaraannya "bau bau bacang kata orang". sebelum ni ada jugak aku pergi kenduri kahwin, tapi abang sedara la. kenal gile, siap aku jadi orang yang bawak tepak sirih kau. 
tapi kali ni aku tak berapa kenal sangat orang orang nya.. tapi hasil dari pujukan ibunda ku yang mengatakan "bila lagi nak kenal sedara mara", maka pergi la anak bujang dia ni ke majlis itu. kalu nak kata semua nya aku tak kenal membohong la kan. tapi disebabkan lama tak jumpa rase segan tu melebih lebih pulak. padahal kecik-kecik tu la tempat bermain.
sekarang sumanya sudah berubah. yang kecil dah besar, yang bujang dah kahwin, yang kahwin anak dah berderet sampai dah tak tau nak panggil apa, yang tua masih mengekalkan seri wajanya "barangkali jamu lebih kot". 
yang lama tak jumpa sampai dah tak kenal dah aku siapa. siap tanya lagi "kau ni anak siapa" padahal kecik kecik aku selalu pergi umah dia. masing masing dah besar, jadi muka pown dah banyak berubah. kesian bagi si tua hendak mengecam cucu-cucu sedaranya.
yang usia bawah aku pown sekarang dah mengendong anak. macam tak percaya je, umur baru 18 tahun kedua-duanya, sekarang dah jadi ayah ngan ibu. 
rasa macam sekejap je. semua dah berubah. semua dah ada kelainan. macam tak percaya masing masing dah meningkat dewasa. 


p/s sedangkan pantai berubah.

Wednesday 9 June 2010

Alhamdulillah kem tutti fratelli sudah pun selesai dengan jayanya. sebagai penganjur, apa yang di dirancang semua nya berjalan lancar. ape yang ada sumanya dapat di adakan. apa yang tak ada telah cuba di adakan. apa yang aku tak yakin nak buat, akhirnya dapat buat jugak. 
lagi pelajaran baru untuk aku:)


so lepas ni jadi pengangur kat rumah dengan jayanya tanpa gaji dan menghabis kan beras mak bapak tanpa menghiraukan orang sekeliling. kerana kalau nak kerje mesti akan tak jadi punya, jangan risau. dan lepas ni aku akan keboringan sebab hidup aku tak sebuk macam sebelum ni. tapi ada benda yang tak buat lagi, bertanguh kerana tak pasti.

aku!! dlm!! hidup!! aku!!

aku!! dlm!! hidup!! aku!!