Sunday 27 June 2010

sagu hati

kalau kita duduk dirumah mungkin dengan keluarga lebih mudah kerana itu adalah keluarga dan orang yang kita sudah kenal dari kecil lagi, jadi itu mungkin tidak menimbulkan masalah kepada isi rumah. tapi kepada sesiapa yang sudah atau mahu atau dalam perancangan untuk berkongsi rumah/bilik, maka mungkin akan timbul berbagi bagai rasa.


1. saling bertegur
-kadang kadang mungkin kita terfikir untuk tidak menegur teman serumah kita. mungkin ada rasa kita tidak senang atau tidak sekepala dengan mereka ata mereka tidak ada kena mengena dengan urusan kita.! jauhi sikap sebegitu, ringankan mulut untuk berbual dan bincangkan topik topik yang menarik untuk dibualkan bersama, saling bertegur walaupun soalannya hanyalah "kau dah makan?"


2. gurau senda
- bergurau dapat mencetuskan suasana lucu dalam perbualan mahupun perhubungan. jadi tonjolkan lah secara semulajadi. dan jangan terlalu melebih-lebih bergurau, takut ada orang yang tak tahan gurau "gurau kasa la katakan"


3. elakkan membebel
- tak salah kalau kita nak membebel, tapi tidak lah sampai keterlaluan yang membolehkan kawan kawan serumah sumbat kapas dalam telinga. jadi berpada-padalah, kalau yang salah kita tegur menegur antara satu sama lain. dan mesti ingat fikiran dan tingkah laku setiap orang berbeza. kita tidak boleh memeaksa orang mengikut cara kita.


4. elakkan tujuk pandai berlebihan
- bagi kawan atau isi rumah yang sudah kenali, elakkan tunjuk pandai diawal perkenalan, sebaliknya kita memahami individu itu dahulu. jangan tunjuk pandai dan segala galanya anda tahu. ini akan membuat kan orang jelak dengan tindakan kita dan mungkin akan menimbulkan konflik. jangan pula anda menjolok sarang tebuan yang cantik terletak di pokok. anda mungkin mempunyai pendapat sendiri, namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.

No comments:

Post a Comment

aku!! dlm!! hidup!! aku!!

aku!! dlm!! hidup!! aku!!