Thursday 24 June 2010

padang

Suatu hari sekumpulan pelajar dipanggil oleh pengetua sekolah, dan pengetua tersebut meminta semua pelajar tersebut berada dipadang selepas waktu rehat. pelajar-pelajar tersebut mengikut arahan dan berkumpul di padang sekolah tepat jam 10.30 pagi. mereka diminta berbaris dan berdiri dalam keadaan sedia untuk menerima arahan yang seterusnya daripada pengetua tersebut. tapi beberapa pelajar nampak gelisah dan resah, seperti ada duri yang menyucuk-nyucuk kaki mereka, ada saja yang tidak kena bagi mereka. dengan muka yang agak tenang, pengetua tersebut meminta para pelajar tersebut mencari rumput yang paling sempura dan mermakna bagi mereka diantara rumput rumput yang ada dipadang sekolah itu. seorang pelajar merungut dan bermonolog "ape tah si tua ni suruh buat kerje gile ni, banyak bende len boleh buat rumput jugak yang die suruh cari..memang dah tak betul kot orang tua ni" dengan nada yang geram. sementara itu ramai juga pelajar yang tertanya tanya, ape motif pengetua suruh kita buat pekara pelik ni?. sementara menyimpan perasaan itu didalam hati dan penuh tanda tanya, pelajar tersebut mencari dan mencari, arahan diberi permulaan cari dari utara ke selatan padang. pelajar tersebut carilah dengan tekun dan teliti untuk mendapatkan hasil yang terbaik. sampai ditengah padang dia sudah pun menjumpai rumput yang paling baik dan sempurna baginya, tapi dia masih tidak puas hati. dalam hati berkata "ahh takpe mungkin ada yang lebih baik dari ini, takpe aku cari kat depan sana lah". sambil terkenangkan rumput tadi, dia teruskan juga pencarian rumput yang lain. tapi hingga lah di penghujung padang langsung tidak ketemui rumput yang lebih sempurna dari apa yang dia temui di tengah padang sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

aku!! dlm!! hidup!! aku!!

aku!! dlm!! hidup!! aku!!