Friday 27 August 2010

tokoh

"Tak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu"
Antara kata kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh, ahli perniagaan dan juga usahawan Melayu yang berjaya. Nama diberi Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia pada tahun 2005.


Latar Belakang Syed Mokhtar:


Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Hanya dengan memulakan kan perniagaan sebagai pengusaha daging dan beralih bidang daripada seorang pengusaha daging kepada bidang pengangkutan. Dan kini beliau menjadi seorang yang berjaya dan orang ketujuh terkaya di Malaysia.

Tamak bukanlah sifat beliau.
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00)  kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar.

Di lihat daripada latar belakang Syed Mokhtar, beliau bukanlah orang yang berpelajaran tinggi dan berasal dari keluarga yang kaya, tetapi bagaimana beliau boleh menjadi seperti sekarang?

Adalah dengan Usaha dan tiada jalan singkat untuk berjaya.
"Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat."

Menurut beliau kesabaran adalah kunci utama dalam perniagaan dan pengalaman adalah guru yang terbaik bagi beliau dalam selok belok perniagaan. 
Dan beliau mempercayai bahawa rezeki yang ada itu adalah untuk orang lain juga. "Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik" Ini dapat di lihat, bukan semua harta atau kemewahan adalah milik kita. malah sebahagiannya adalah milik orang lain.

Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai. "Apa yang saya buat ini semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri."

Dan beliau juga banyak menekankan tentang sifat seseorang apabila sudah menjadi senang dan sukar untuk melihat apa yang ada dibawah, kerana mereka sudah berada tinggi dipuncak. 

Dengan sifat dan keperibadian serta mengamalkan sikap jujur, amanah serta tanggungjawab dalam perniagaan    , beliau kini mempunyai aset/harta yang bernilai RM2.93 billion "majalah Malaysian Business". Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
beliau juga telah mengasaskan Yayasan Islam Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzuim Kesenian Islam Bernilai RM70juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutama sekitar Negeri Kedah dan Perak. 
Dalam hal ini kita dapat mencontohi keperibadian dan sikap beliau dalam kehidupan seharian. Dan bukan senang untuk menjadi senang, juga bukan susah untuk menjadi susah.



No comments:

Post a Comment

aku!! dlm!! hidup!! aku!!

aku!! dlm!! hidup!! aku!!