Sunday 25 April 2010

Pembuangan bayi

Pembuangan bayi, inilah yang berlaku pada masyarakat pada masakini. Maksiat dan aktiviti social berlaku dimana-mana. Anak –anak remaja kini dah tak kenal dosa pahala, yang lebih penting  bagi mereka keseronokan. Malah ada diantara mereka yang perpendidikan tinggi dan belajar di IPTA dan IPTS yang terkemuka di Malaysia ni. Walaupun pelajaran tinggi menggunung tapi kewarasan akal boleh disamakan dengan binatang atau pun haiwan, jadi tak guna la belajar tinggi-tinggi kalu akal sama dengan lutut.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu dalam akhbar ataupun televisyen, kita akan dengar tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya mati dalam keadaan yang sungguh menyedihkan dan ada juga yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, sungai, masjid, lubang tandas, tandas awam dan sebagainya menjadi tempat bayi-bayi ini ditemui.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari, dalam petikan berita harian online “Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi terbanyak dan diikuti dengan johor”. Takkan kita nak digelar masyarakat yang tak bertamadun, rasanya Malaysia adalah Negara yang membangun, tetapi ada segelintir masyarakat yang masih lagi tak membangun, fikiran yang cetek, melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat akan ditanggung.

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain juga sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap sebagai dosa besar kerana membunuh dengan niat. 






dan ini adalah salah satu gejala yang membawa kes pembuangan bayi.

Anak itu adalah rezeki yang di kurniakan oleh Allah, dan kalau tiada perkahwinan atau pun ikatan yang tidak sah maka itu bukan dianggap rezeki tetapi bala yang melanda.

Jika taknak sekali pun bayi tersebut, ramai lagi pasangan diluar sana yang menginginkan bayi tersebut.
Mereka dilahirkan didunia tanpa setitik dosa, dan mereka juga inginkan kehidupan dunia. befikirlah sebelum melakukan sesuatu. 

p/s; kerajaan dan masarakat malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan dan menghindarkan pekara ini dari terus berleluasa, salah satunya ialah Kempen Kami Perihatin.
dan artis Malaysia turut menjayakannya:  http://www.youtube.com/watch?v=Rsmb2q-ytc4 Harapan Tanpa Suara.

No comments:

Post a Comment

aku!! dlm!! hidup!! aku!!

aku!! dlm!! hidup!! aku!!